Friday 5 December 2014

Paper Quilling Craft 10_Quilling Bingai Gantung Majlis Perkahwinan Chii & Azrul

Dengan Nama Allah..
Bergembira sambil menyanyi membuat paper qulling.  Paper Quilling Craft 10_Quilling Bingai Gantung Majlis Perkahwinan Chii & Azrul.


Ahai..susah juga kalau banyak buat kerja blog heee..asying tergendala sahaja. Apa cerita berbulan tak up entri malas tak ada sahaja kerja saya tapi itulah kalau hadpa satu yang lain kerja boleh lupa.


Nah saya belanja satu lagi hasil quilling  Paper Quilling Craft 10_Quilling Bingai Gantung Majlis Perkahwinan Chii & Azrul...ini kerja tak seberapa sebab mempelai bagi due saat akhir mah..

 
Ok. Cukuplah Paper Quilling Craft 10_Quilling Bingai Gantung Majlis Perkahwinan Chii & Azrul untuk kali  ini. Kalau ada berkenan bagi tahu eh..saya buatkan lebih cantik dari yang ini. Mana tahu mahu berikan bingkai ini pada suami sempena ulangtahun perkahwinan anda ker, untuk hadiah sahabat andai pun boleh juga. Wish luck atau dapat baby baru hee...
 
Pstt..selamat pengantin baru untuk kawan saya dan pasangannya itu ya. Bahagia ke anak cucu, Amin.

Sampai jumpa lagi...

Friday 26 September 2014

Paper Quilling Craft 9_Tutorial / Handmade Pop Up Card in a Box

As salam...

Alhamdulillah  Paper Quilling Craft 9_Tutorial / HandmadePop Up Card in a Box hasil kerja saya yang seterusnya..

Ini berupa kad. Tapi bukan hanya kad biasa itu kad ini boleh membentuk sebuah kotak empat segi. Jika sebelum ini boleh bikin laci comel ala english teady bear kali ini saya cuba tekankan bentuk 2 dalam 1 supaya si penermina akan tertanya-tanya apa ada dalam kad dan kotak tersebut.

Paper Quilling Craft 9_Tutorial / HandmadePop Up Card in a Box
Kombinasi kertas tetap saya terapkan dalam kad ini. Yes quillang itu terbaik semasa kad ini di hasilkan. Mahu lain sikit saya suka citarasa butang abc barulah ada nampak warna -warni pada Pop Up Card in a Box

ini muka hadapan kad..

 ini bila kad di buka dari bahagian atas.

 ini bila kad tersebut di tegakkan bentuk kotak akan terhasil.
..lihat perkataan quilling paper bertajuk "happy" terletak cantikkan..macam bumbung rumah pula heee...


Gambaran dari sudut atas sudut kad

 Tara..bila kad ini menjadi sebuah kotak "pop up card" akan melantunkan gambar cup kek yang comel.

Paper Quilling Craft 9_Tutorial / HandmadePop Up Card in a Box ..
Apa pun permintaan akan akan buat mengikut tema yang kehendaki. Insyallah dari segi warna akan lakukan sebaik yang boleh tak gitu.

Jika berminat bolehlah hubungi saya lovepaperquilling@gmail.com

Sunday 7 September 2014

paper qulling craft 8 - easel box card quilling for birthday Ainni

As salam..

Paper qulling craft 8 - easel box card quilling for birthday Ainni. Sekian lama peram sudahnya terhasil dengan jayanya. Ikutkan perkiraan buat benda ini mudah sahaja tapi akibat malas up gambar nak edit bagai itu jadi begini lambat publish lagi..



Drawer box dalam bahasa melayu kotak berlaci. Tapi ini kes kotak laci orang maya ini lebih kenali dengan nama easel box, easel card with quilling sebab ia sertakan dengan kraf quilling juga, ada pun  begitu jika permintaan easel drawer berbeza ikut pemilihan pelanggan akan ada juga bentuknya boleh bikin circle easel card

Paper qulling craft 8 - easel box card quilling for birthday..
Kata Macam laci baju juga cuma yang membezakannya ini kertas di bentuk menjadi sebuah kotak terus di ubah menjadi laci gitu. Laci kotak a.k.a easel box card quilling ini korang boleh buka or tutup laci ini dengan mudah. Jangan sampat tertanggal sudahlah. Kot yer kau orang ganas heee..ambe tak boleh nak tulung..


Tema untuk paper quilling easel card with quilling ini aku ketangahkan quilling belon a.k.a baloons quilling sahaja. Nampak..lepas itu nak bagi berseri letak butang abc itu baru  cun sikit mana yang memandang eh..Kemudian bunga dan daun pun tak menang tangan nak juga aku sendal sekali. Benda bunga kena ada ia ibarat "penegak" untuk kad ini terpacak gitu heee..


Psst..paper qulling craft 8 - easel box card quilling for birthday Ainni..
Kalau korang berminat atau pendek cerita malas nak buat bolehlah tempah dekat aku eh heee..dekat ini

Tuesday 26 August 2014

Paper Qulling Craft 7_ Quilling Cards Pop Up For Friendsip With Gift

As salam..

Paper Qulling Craft 7_ Quilling Cards Pop Up For Friendsip With Gift. Ayuh haaa..kembali lagi..dan lagi..Bergembira sambil menyanyi membuat paper quilling minat sembur part time sahaja heee..Banyak perkara yang nak kongsikan tapi macam tak sempat nak up satu persatu uh...

Kad quilling untuk kawan berserta dalamnya ada keychain heee..dalam sampul tahu heee..tapi ada juga buat pilihan untuk asingkan buatkan kotak sekali. Ok tiada masalah punya ;)

Quilling Cards Pop Up dalamnya ada tulis kata-kata untuk si penerimanya hee..Apa yang nak luahkan pada si dialah ya uh..Kiranya kad kalau kita buka benda akan up terkeluar a.k.a menonjol ke depanlah heeee..


Suka suki quilling santai ini sebenarrnya tak banyak benda yang aku nak ketengahkan. Cuma pakai kertas quilling a4 paper yang terlebih masa buat quilling yang lepas. Makanya dari sayang terbuang apa lagi kita gunakan apa ada untuk deco jadi lebih menarik tak salahkan asal kita bijak mengolah.

Paper Qulling Craft 7_ Quilling Cards Pop Up For Friendsip With Gift..
Terkadang sedar tak warna yang terlalu banyak di masukkan dalam satu kad ia akan membuatkan satu benda nampak serabut dan nak ketengahkan apa yang tonjolkan nanti boleh jadi tenggelam ok. Bagi diri sendirilah yeeeee..kalau pendapat orang lain gua jadi blur kejap heee.. sebab pendapat orang lain kita perlu terima jugakan :) 


Bahan, penggulung kertas dan gam sudah sedia ada. Jadi mudahlah nak menguruskan quilling paper ini. kad quilling untuk sahabat aiza dari rawang ini simple sahaja sebab dia jenis orang simple, blog dia yang lama ku jejak simple bangat jadi bagi ini sahajalah. So simplekan..


Jadi kalau ada yang berminat jom oder satu dekat email lovepaperquilling@gmail.com untuk orang tersayang eh..untuk mak we pakwer ker hii...jadiikan kenangan cinta korang..Oklah itu sahaja untuk Paper Qulling Craft 7_ Quilling Cards Pop Up For Friendsip With Gift bebel-bebel lama karang ada plk yang boring heeee..

tHNKS !Terima kasih kerana anda sudi ke laman http://paperquillingcrafts.blogspot.com sampai jumpa lagi!

Wssalam.


Monday 31 March 2014

Paper Qulling Craft 6 By Rose Bunquet

Salam kasih sayang...

Paper Qulling Craft By Rose Bunquet  lagilah...

Bergembira sambil menyanyi membuat paper qulling padahal sudah lama tak update walhal benda dah berkurun siap ahaks.. 

Biasa menjadi kebiasaan asal buat di tinggalkan dan mengadap kerja tangan yang lain.Jangan risau paper qulling kali ini menampakkan kemajuan.

Erk..
kemajuanlah tersangat ya haaa..ada hakikat benda terkadang terlakar luar jangakaan jom cuci pancaran mata anda cantik itu di sini. Mana tahu berminat sure boleh submit oder di bawah eh..yah pasti deh Paper Qulling Craft By Rose Bunquet punya kerja tangan..


 










Alhamdulillah lega hati bila semua kad-kad terhasil Paper Qulling Craft By Rose Bunquet berjaya di siapkan. Harapkan kalian semua berpuas hatilah ya.

Terima kasih sebab sudi bertandang ke blog saya. Sampai berjumpa lagi :)

Paper Qulling Craft 5 By Rose Bunquet

Salam kasih sayang..

Paper Qulling Craft By Rose Bunquet menjengah kembali. Ingatkan nak rangkumkan semua kad ini tapi rasa tak bestlah pula heee.. 

Jadi apa kata anda semua mencuci mata dengan sebaik mungkin dengan design terbaru paper qulling  Craft By Rose Bunquet bawah:-









Paper Qulling Craft By Rose Bunquet memilih tema warna kad ini hijau. Sesuai untuk si dia suka kad simple katanya tak mahu nampak terlalu sarat :) . Sure bahagian kiri boleh letak abjad secara menurun :P

Harap di sukai :)


Paper Qulling Craft 4 by Rose Bunquet

Salam kasih sayang...
 
Ini antara kad qulling rose bunquet begitu lama tertangguh. Rasaya masa nak menghiaskannya asyik jenguk tingkap dari dalam bilik jer heee..

Jadi itulah yang tersembul bentuk dua tingkap, lepas itu dalam ruang tingkap hias renda itu saya letak perkataan "I" dan bahagian sisi atas "U"

Paper Qulling Craft 4 by Rose Bunquet bahagian tengah saya bentukkan qulling love ..(hati)











Ha apa macam menarik tak? Bab dalam kad itu adalah personal sikit tuan tanah itu tak izinkan di bukalah untuk umum dah sob..sob..sob..huhu...

Friday 7 February 2014

Paper Quilling Crafts No.3

Salam kasih sayang...

Bergembira sambil menyanyi membuat paper qulling lalala..Cara membuat kraftangan paper gulling ini tidaklah sesukar mana melainkan korang ada minat dam keratif.

Rose buquet punya situasi mood makin ke laut ini tetap juga gagahkan diri nak buat Paper Quilling Crafts No.3.bukan apa nanti kalau di tinggalkan makin malas pulak heee..

Ayuh haa..
kita cuci mata...
Kali ini berikan sentukan tengah bukaan untuk kad. Bersama di iringkan juga seketol bee.





Tak syok kalau ada bentuk love sebelah mari kita penuhi bentuk love kembali bersatu heee..



ps: Cantik tak? Ini nak hantar kat orang ni risau tuan suka ke idak adoii!!

Tuesday 28 January 2014

Paper Quilling Crafts No. 2

Dengan Nama Allah..

Ayuh riang - riang bersama Paper Quilling Crafts No. 2 saya. Kali ini sandarkan pada bunga pula. Percubaan seterusnya di lakukan maka inilah hasilnya.

Masih tahap agak sederhana lagikan. Paper Quilling Crafts No. 2 alahai jadilah dari tangan tak bergerak langsung huhu.. Masa nak buat makan masa juga sebab layan kerja dapur, mengemas, memasak memeh mu! betapa banyak alasan sungguh.

Cantik tak?


Oh lupa...
untuk bahagian yang kosong tu kita nak letak nama. Untuk paper quilling yang lepas ini 

Semoga korang enjoy dengan Paper Quilling Crafts No. 2!

Pstt..Kalau ada berkenan bagi tahu ya.

       

Friday 24 January 2014

My First Quilling With http://paperquillingcrafts.blogspot.com begin !

Dengan Nama Allah..

Alhamdulillah  http://paperquillingcrafts.blogspot.com di lahirkan jua. me & paper guilling merangkap maksud saya amat menyukai hobi bab gulung menggulung kertas ini.

me & paper guilling ini mungkin permulaan untuk menyimpan hasil kerja tangan saya. Saya berharap http://paperquillingcrafts.blogspot.com akan memberikan saya inspirasi untuk terus berkarya walaupun ilmu saya hanya ditahap baru belajar.

my paper qulling pertama

Tapi tidak bermakna ilmu kosong itu di biarkan begitu sahajakan. Baik pupuk lama - lama mesti ia akan dapat hasil yang terbaik juga. Manalah tahu akan datang bila sudah banyak qulling yang berjaya saya hasilkan suatu hari nanti pasti saya akan menjeguk kembali "first quilling" masa mula-mula buat dan belajar dulukan.

Moga tag name me & paper guilling untuk task berbeza ini di permudahkan. Rasa bahagialah pula membukukan dairy http://paperquillingcrafts.blogspot.com saluran maya. 

Segala sokongan anda amat saya hargai.